Pemetaan Paradox Dalam Waktu Kedepan.
- Nasir Baharuddin

- Mar 7
- 3 min read

Dalam kondisi dunia masa depan, manusia berdepan pada soal pilihan... Yang melahirkan paradox - iaitu paradoks bukan masalah untuk diselesaikan, tetapi keadaan untuk didiami... Dengan kata lain ia menjadi budaya fikir...
Ia wujud di antara:
keikhlasan dan ironi
harapan dan skeptisisme
makna dan ketidakpastian
kepercayaan dan kesedaran bahawa kepercayaan itu rapuh....
iaitu keadaan kesedaran yang menerima pertentangan sebagai ruang dialektik yang produktif.
Ia tidak memilih satu sisi.
Ia bergerak ulang-alik antara dua daerah yang bertentangan — tanpa pernah menetap sepenuhnya.... Tidak kekal. Ke kiri ke kanan.
Contoh apabila seseorang berkata:
“Aku tahu kepercayaan ini mungkin naif — tetapi aku tetap memilih untuk percaya.” ia menjadi sesuatu yang terdesak... Atau terpaksa.
Di situlah paradoksnya.
Paradox sebagai sikap eksistensial.
Ia bukan sekadar gaya seni atau teori budaya — ia adalah sikap terhadap dunia.
Dalam kerangka ini, paradoks masa depan bukan konflik yang harus diselesaikan, tetapi medan ontologi yang perlu didiami. Sikap ini mencerminkan keadaan manusia kontemporari yang hidup dalam ketidaktentuan global—krisis ekologi, revolusi digital, dan transformasi identiti budaya.
Seperti beranggapan :
Ikhlas, tetapi sedar diri (self-aware)
Idealistik, tetapi tidak buta
Spiritual, tetapi tidak dogmatik
Politikal, tetapi tidak utopia kosong
Dan Manusia :
tahu sistem telah rosak
tahu naratif besar pernah gagal
tahu bahasa telah tercemar
Namun tetap mencuba membina makna. Memaksa agar ia dilihat penting.
Kalau dalam seni - seni visual, seni bina, pameran atau galeri: Karya sering cuba :
kelihatan puitis dan kritikal
emosional dan konseptual
ritualistik dan teknologikal
nostalgik dan futuristik
Tapi akhirnya seniman mencipta simbol dan tanda.... sambil tahu simbol itu tidak lagi suci — tetapi tetap diperlukan. Mereka menggunakan bahasa yang rosak untuk menyampaikan makna yang masih ingin diselamatkan.
Kenapa paradoks ini merupakan penting pada hari ini?
Kerana dunia hari ini sendiri paradoks:
teknologi maju, tetapi manusia cemas.
maklumat melimpah, tetapi makna hilang.
kebebasan luas, tetapi identiti rapuh
globalisasi kuat, tetapi hilang arah.
Masa depan tidak menyederhanakan realiti.
Ia menerima bahawa hidup hari ini tidak boleh lagi konsisten secara logik,
tetapi masih boleh jujur secara emosi dan etika. Erti kata lain kita percaya sambil meragui, mencipta sambil mengkritik, berharap sambil sedar akan kegagalan, dan tetap bergerak.
Semuanya bukan jawapan muktamad,
tetapi ayunan berterusan antara kemungkinan....namun pemetaan Paradoks ini sebenarnya mempunyai keselarasan yang mendalam dengan falsafah dan kosmologi Nusantara. Tradisi pemikiran Melayu dan Nusantara sering beroperasi dalam struktur dualiti yang saling melengkapi, seperti hubungan zahir dan batin, alam nyata dan alam ghaib, serta manusia dan kosmos.
Oleh itu... Untuk mendepani Paradoks ini sebenarnya mempunyai keselarasan yang mendalam dengan falsafah dan kosmologi Nusantara. Tradisi pemikiran Melayu dan Nusantara sering beroperasi dalam struktur dualiti yang saling melengkapi, seperti hubungan zahir dan batin, alam nyata dan alam ghaib, serta manusia dan kosmos
.
Dalam tradisi tasawuf Melayu, realiti difahami sebagai lapisan kewujudan yang tidak terpisah secara mutlak. Syed Muhammad Naquib al-Attas menjelaskan bahawa 'worldview' Islam Melayu melihat realiti sebagai kesatuan antara dimensi material dan spiritual, di mana ilmu tidak hanya bersifat empirikal tetapi juga bersifat metafizik.
Ia selari dengan prinsip ini kerana ia menerima kewujudan serentak antara rasionaliti dan misteri. Dalam budaya Nusantara, paradoks bukan pertentangan tetapi keharmonian dinamik. Konsep seperti “adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah” menunjukkan struktur epistemologi yang menggabungkan norma sosial dengan prinsip wahyu secara saling melengkapi.
Selain itu, unsur animisme dan animatisme dalam tradisi Nusantara memperlihatkan pandangan bahawa alam mempunyai tenaga spiritual yang hidup. Pandangan ini menolak pemisahan dualistik antara manusia dan alam, satu prinsip yang kini kembali relevan dalam wacana ekologi kontemporari.
Kesedaran terhadap spiritualiti alam ini mencerminkan usaha manusia moden untuk memulihkan makna kosmologi selepas era sekularisasi.... Ia bukan kembali kepada dogma secara literal, tetapi merupakan pencarian makna spiritual dalam dunia yang telah mengalami dekonstruksi makna.
Menampilkan fenomena “new sincerity,” iaitu keinginan untuk kembali kepada pengalaman emosi dan spiritual yang autentik walaupun disedari sebagai konstruksi budaya - di mana teknologi tidak lagi semata-mata alat mekanistik, tetapi menjadi medium pengalaman metafizik baharu.
Kesimpulan....
Paradoks masa depan memperlihatkan suatu kesedaran budaya yang menerima pertentangan sebagai ruang penciptaan makna. Dalam konteks Nusantara, paradoks ini menemukan keserasian melalui kosmologi tradisional yang telah lama menggabungkan dimensi rasional dan spiritual.
Kemunculan teknologi AI pula memperluas paradoks ini ke dalam ranah kreativiti dan keinsanan. AI bukan sekadar cabaran terhadap seni manusia, tetapi juga membuka kemungkinan metafizik baharu tentang hubungan antara manusia, teknologi dan kosmos.
Dalam persilangan ini, dunia meta kontemporari bukan sekadar fenomena budaya global, tetapi menjadi medan transformasi tamadun Nusantara—di mana tradisi spiritual, kesedaran teknologi dan pencarian makna bersatu dalam satu ayunan epistemik yang berterusan..... Memang berayun rayun .
.png)




Comments