Simposium Seni Pangkor 2025
- Konteks Seni

- Nov 25, 2025
- 1 min read

OBJEKTIF
Untuk Memperkukuh Pulau Pangkor sebagai destinasi ekologi budaya yang penting dalam jaringan kepulauan Nusantara melalui dialog seni, pertukaran ilmu, dan pengaktifan komuniti kreatif secara mampan dan unik selari dengan naratif budaya kontemporari.
Secara khusus:
1. Menghimpunkan seniman, kurator, sarjana dan komuniti tempatan bagi membincangkan hubungan sejarah, budaya dan identiti maritim Pangkor dalam konteks kepulauan Nusantara dari sudut pandang senisains.
2. Meneroka “getaran ombak” sebagai metafora untuk memahami dinamika pergerakan manusia, idea, bahasa, kepercayaan, dan seni merentas lautan dari dahulu hingga kini.
3. Menggalakkan wacana seni dalam isu semasa seperti perubahan iklim, kelestarian ekologi laut, pemeliharaan pantai, migrasi dan pembangunan pelancongan yang beretika.
4. Merangsang pertukaran dan kolaborasi senisains pelbagai disiplin—seni visual, seni persembahan, muzik, puisi dan media baharu—yang diinspirasikan oleh lanskap semula jadi dan budaya maritim Pangkor.
5. Mengaktifkan peranan komuniti setempat (nelayan, penggiat budaya, pengusaha kecil) dalam ekosistem seni supaya manfaatnya merata, bukan hanya bertumpu pada institusi atau pengunjung luar.
6. Menghasilkan dokumentasi, katalog dan platform digital bagi memperluas penyelidikan, memelihara memori budaya, dan memastikan akses ilmu berterusan selepas simposium berakhir serta peranannya dlm arus media sosial
7. Memperkukuh dan melihat jaringan serantau seni kepulauan Nusantara (Malaysia–Indonesia–Brunei–Singapura– Selatan Thailand. ASEAN) untuk membina kesinambungan kolaborasi dan pertukaran jangka panjang.
Nilai Tambah
* Menyumbang kepada ekonomi kreatif tempatan secara inklusif.
* Mengembalikan kesedaran maritim sebagai asas tamadun MELAYU-NUSANTARA.
* Menjadikan Pangkor “living laboratory” untuk ekologi senisains & komuniti.
* Menyokong agenda budaya mapan (sustainable culture) selari dengan agenda SDG 11, 13 & 14. (Agenda Pembangunan Lestari 2030)
.png)




Comments